SETIAP kali temasya sukan berlangsung, selain menanti-nantikan aksi dan pungutan pingat kontinjen negara bertanding, peminat sukan akan menumpukan kepada pakaian rasmi setiap kontinjen, jersi dan juga pakaian pada hari pembukaan.

Warna-warni dan fesyen pakaian yang dipakai kontinjen negara bertanding, dianggap satu kebanggaan kepada rakyat malah kepada atlet yang mengambil bahagian juga.

Namun polemik yang timbul baru-baru sejurus selepas pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, menimbulkan salah faham, sehingga ada pihak saling menuding jari, menuduh siapa yang bertanggungjawab.

Info grafik daripada MSN ini menjelaskan pihak mana bertanggungjawab ke atas penyediaan pakaian rasmi yang disediakan buat kontinjen Sukan Olimpik Paris negara. Selepas ini boleh netizen boleh kenal pasti siapa untuk disalahkan.

Justeru, Majlis Sukan Negara (MSN) berkongsi maklumat mengenai penyediaan pakaian untuk kontinjen Malaysia yang menyertai temasya sukan, baik Olimpik, Komanwel, Asia mahupun Sea.

Sebagai langkah informatif, MSN dalam satu hantaran di media sosial memperjelas mengenai jenis pakaian yang akan dipakai kontinjen Malaysia di Paris 2024, hujung bulan ini.

Pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Paris memakain pakaian rasmi asal yang menerima kritikan netizen di dunia media sosial. 

Pakaian rasmi Kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024 yang telah direka baharu dan dicetak MOM akan digunakan atlet pada Temasya Paris nanti.

MSN memaklumkan tiga jenis pakaian yang akan digunakan iaitu pakaian kontinjen, pakaian pertandingan dan pakaian majlis perasmian (perarakan).

Pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara disediakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk digunakan di pelbagai temasya sukan utama dan akan dipakai sepanjang temasya termasuk ketika upacara penyampaian pingat.

Pakaian rasmi Kontinjen Sukan Olimpik di Temaysa Tokyo pada 2020.

Pakaian rasmi Kontinjen Sukan Olimpik di Temasya Rio pada 2016.

Pakaian rasmi Kontinjen Sukan Olimpik di Temsya London 2012.

Biasanya pakaian rasmi ini terdiri daripada track suit, t-shirt dan topi.

Namun untuk pakaian rasmi Sukan Paralimpik, ia disediakan pihak MSN.

Pakaian kedua pula untuk pertandingan dan ia disediakan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk atlet mereka yang bertanding mengikut spesifikasi pakaian pertandingan yang ditetapkan oleh badan sukan antarabangsa.

Justeru, warna, rekaan corak mahupun jenama yang digunakan boleh jadi berbeza berikutan setiap persatuan sukan mendapat penajaan sendiri.

Kontinjen Malaysia mengenakan pakaian bercirikan pakaian rasmi kebangsaan dengan motif warna Jalur Gemilang pada perarakan perasmian Sukan Olimpik 2020.

Pada perarakan perasmian Sukan Olimpik 2016 di Rio, Kontinjen Negara mengenakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Pakaian ketiga pula adalah pakaian majlis perasmian yang digunakan pada perarakan memperkenalkan kontinjen pada majlis pembukaan rasmi temasyua.

Pakaian ini disediakan MSN dan biasanya lebih menyerlah dan bertemakan bebas sehingga ada kontinjen negara lain menggunakan motif tradisional.

Beberapa hari lalu, MOM membuat keputusan untuk memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Paris 2024.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, perubahan itu dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.

Busana dikenakan Kontinjen Negara pada perarakan Majlis Perasmian Sukan Olimpik London, 2012.

Pada perarakan Perasmian Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Kontinjen Negara mengenakan pakaian profesional.

Norza memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.

Katanya, rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM menggunakan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

Bagaimana agaknya rekaan pakaian untuk perarakan masuk Kontinjen Malaysia di Temasya Paris nanti, katanya rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini.