PEARLY Tan menegaskan kekalahan kepada pasangan Indonesia pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 tidak akan menenggelamkan dirinya bersama M Thinaah, sebaliknya menjadi api kebangkitan buat beregu wanita nombor satu negara itu.

Dalam perlawanan penuh dramatik di hadapan ribuan penyokong sendiri, Pearly-Thinaah mengakui perit untuk menerima kekalahan selepas ketika mereka mendapat sokongan padu peminat yang membanjiri Axiata Arena.

“Untuk seterusnya saya rasa kita kena build keyakinan diri semua. Yang penting, mengikut percaturan permainan sendiri. Jangan sebab kalah ini, then kecewa sendiri, down. Saya rasa ini tak betullah. Kita kena fight balik, balik bincang dengan coach, train banyak, train lebih dan dapat confidence, kita fight lagilah,” kata Pearly tenang menrujuk kepada kekalahan 24-26, 17-21 kepada Febriana Dwipuji-Meilysa Trias.

Thinaah pula mengakui pihak lawan mempamerkan aksi berkualiti tinggi sambil menegaskan kekalahan itu membuka ruang penilaian semula terhadap aspek permainan mereka.

Mengulas sokongan padu penyokong yang menyaksikan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 11-1, Thinaah menyifatkan kehadiran peminat sebagai suntikan emosi walaupun keputusan tidak memihak mereka.

“I think this is something that we athletes have to learn from. Yeah, definitely we are confident that we can come back from this. And glad that I have her (Pearly) also by my side. So we’ll keep supporting each other, keep reminding each other and just gain back our confidence,” ujar Thinaah.