GANDINGAN beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memilih ke Terbuka India tanpa sentuhan bekas jaguh negara, Koo Kien Keat, selepas menamatkan kempen Terbuka Malaysia 2026.

Khidmat bekas berefu nombor saru dunia itu, hanya digunakan secara khusus bagi perlawanan di Axiata Arena, dengan peranannya merangkumi aspek taktikal dan kekuatan mental termasuk berada di kerusi jurulatih sepanjang perlawanan.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tunduk 13-21, 17-21 kepada gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy.

Semalam, Sze Fei-Izzuddin tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Malaysia, perlu segera mengalihkan tumpuan kepada misi kebangkitan di New Delhi yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 18 Januari ini.

“Kami akan buat terbaik untuk setiap kejohanan dan yang penting terus berjuang sampai ke mata terakhir,” kata Izzuddin.

Begotupun, tiada perubahan drastik dirancang sebagai persiapan ke Terbuka India, namunpastinya akan berbincang semula bersama jurulatih Teo Kok Siang bagi merangka perancangan terbaik.

Mereka memegang status sebagai juara bertahan Terbuka India selepas menewaskan Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada final tahun lalu.