TBG Super Fan tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu sedikit insiden provokasi semasa perlawanan pembukaan Liga Super antara Perak FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Ipoh pada Sabtu.

Pihaknya juga memberikan pesanan ‘mesra’ kepada sekelompok peminat The Bos Gaurus yang digelar Casual Perak supaya tidak mengulangi lagi tindakan berkenaan pada masa depan.

“Pesanan kepada Casual Perak. Jangan malukan kami dengan tindakan sebegini.

“Jangan teruskan tradisi buang masa ini kerana ianya tidak membantu kami langsung. Tidak membantu industri bola sepak malah ianya budaya non islamic kepada masyarakat kita yang majoritinya Muslim yang hadir menonton perlawanan ini ..

“Terima kasih PDRM Perak yang hadir utk memastikan tindakan casual ini dapat di bendung semalam (Sabtu),” menurut kenyataan itu.

TBG Super Fan juga mengucapkan tahniah kepada Ultras Perak The Supporters yang dilihat semakin besar dan tersusun berdisipin dari segi bentuk sokongan.

Dalam pada itu, pihaknya akur kekalahan pertama kelab di tangan KDA FC sudah dijangka sebelum perlawanan bermula

“Ya betul.. kita kena kekal positif dan dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi.

“Sukan bola sepak ialah sukan yang sangat taktical dan perlu ada rancangan teliti dari semua segi.

“Ianya sangat kompleks untuk dijelaskan dengan tulisan namun dengan lebih mudah merangkumi dengan keputusan kewangan dengan nilai nilai yang sesuai untuk bersaing,” katanya lagi.