PEMAIN skuasy negara, S. Sivasangari, mara ke separuh akhir Cincinnati Gaynor Cup selepas menewaskan wakil England, Torrie Malik, pada Jumaat.
Pemain ranking ke-10 dunia itu tidak berdepan banyak tentangan apabila mencatat kemenangan 11-6, 11-9, 11-7 ke atas pemain ranking ke-51 dalam aksi suku akhir di Ohio.
Sebagai pilihan ketiga kejohanan, Sivasangari bakal berdepan pilihan utama, Olivia Weaver, di separuh akhir selepas pemain Amerika Syarikat itu menyingkirkan wakil negara, Rachel Arnold.
🙌 Congratulations @sangari_99 on reaching the semi-finals of the Cincinnati Gaynor Cup!#TeamDunlop pic.twitter.com/W6l7PD375h
— Dunlop Squash (@DunlopSquash) February 8, 2025
Rachel, yang kini menghuni ranking ke-19 dunia, tewas 5-11, 5-11, 3-11 kepada Weaver dan masih belum berjaya menewaskan pemain itu dalam tiga pertemuan mereka, termasuk di Gaynor Cup 2022.
Sivasangari berdepan cabaran getir di separuh akhir apabila bertemu Weaver, setelah gagal mencatat kemenangan dalam lima pertemuan sebelum ini.