SELANGOR Red Giants Esports (SRG) membenam RRQ Tora pada perlawanan penutup minggu ke 3 hari ke 2.
SRG tampil dominan di dalam perlawanan selepas berjaya menyapu bersih tentangan anak didik Coach Sasa,2-0.
Gold laner SRG, Innocent ketika ditemu ramah selepas perlawanan berkata ” Pasukan di MPL MY kini lebih kompetitif berbanding musim-musim sebelum ini dan kini mereka lebih berani untuk melawan pasukan SRG,”
Beliau turut memuji RRQ Tora sebagai pasukan terkuat yang mereka hadapi musim ini kerana mereka bermain dengan sangat disiplin.
Roamer pasukan SRG, Yumss dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan kemenangan SRG pada perlawanan ini menandakan kekalahn kedua buat RRQ Tora musim ini.
Di samping itu, Aeronnshikii tidak berjaya mendapatkan kemenangan dalam debutnya bersama AC Esports selepas tewas di tangan Invictus Gaming (IG).
IG mencatatkan kemenangan ketiga mereka musim ini dan mereka memanjat tangga liga ke kedudukan ketiga.
Team Rey juga berjaya menumpaskan Bigetron My dengan skor bersih,2-0.
Minggu ke 3 MPL MY akan ditutup dengan dua perlawanan menampilkan Team Rey menentang Invictus Gaming dan pertembungan antara Team Vamos dan Team Flash.