TEAM Vamos sah menjadi wakil kedua Malaysia ke Paris selepas Selangor Red Giants Esports, bagi kejohanan Esports World Cup(EWC).
Bermula daripada pasukan terakhir yang mendapat slot bagi menyertai MPL MY musim ini, kini mereka bakal membawa negara ke pentas antarabangsa.
Meskipun hadir ke musim ini dengan barisan pemain yang silih berganti dengan keluarnya bintang mereka, Chibi dan Xorn, semangat dan pergobanan mereka terbukti pada malam ini.
Team Vamos menundukkan Invictus Gaming dengan skor bersih, 4-0 pada perlawanan Lower Bracket Final.
Team Vamos berjaya membalas dendam terhadap pasukan Invictus Gaming yang menewaskan mereka sebelum ini di Upper Bracket Semi Final.
Error404 mempamerkan aksinya yang terbaik dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Jungler muda itu tidak mengambil kredit kepada dirinya sendiri tetapi memberi kredit pada rakan sepasukan dan berkata Zqeef sepatutnya diberikan penghargaan itu atas perfomanya.
Meskipun sudah menempa tiket ke Paris, Team Vamos akan berhadapan dengan juraa bertahan, Selangor Red Giants Esports di Grandfinal bagi merebut kejuaraan MPL MY musim ini.