AKSI separuh akhir Valorant Champions 2025 antara Fnatic dan Paper Rex berlangsung penuh dramatik dengan pasukan Eropah itu berjaya menundukkan wakil Asia Tenggara 2-1 sekaligus mara ke Upper Final manakala Paper Rex jatuh ke Lower Bracket.
Pertarungan bermula di peta Bind pilihan PRX dan mereka tampil garang dengan corak agresif yang menjadi identiti pasukan kemenangan 13-10 membuka peluang besar buat PRX untuk mendahului siri dan memberi tekanan awal kepada Fnatic.
Fnatic bagaimanapun segera bangkit di peta kedua Haven pilihan mereka di mana segala percaturan kemas dan retake berdisiplin menyekat PRX daripada mencari ruang hasilnya PRX tumbang mudah 13-4 dan kedudukan kembali seimbang.
Segalanya ditentukan di peta Lotus dan di sinilah kebangkitan luar biasa Fnatic tercipta daripada ketinggalan 1-9 mereka mempamerkan ketenangan tinggi untuk meraih sembilan pusingan berturut-turut sebelum menutup kemenangan 13-9, memastikan tiket ke pusingan seterusnya.
Bagi PRX kekalahan ini bermakna mereka kini tiada jalan lain selain berjuang di Lower Bracket dan lawan yang menanti ialah Team Heretics dalam perlawanan hidup mati yang bakal menentukan sama ada perjalanan mereka di Champions 2025 berakhir atau diteruskan.
Walaupun kecewa, prestasi individu Something dan Jinggg tetap memberi harapan kepada penyokong dengan statistik mantap yang ditunjukkan keyakinan masih ada bahawa PRX mampu bangkit menentang Heretics dan terus membawa nama Asia Tenggara di pentas dunia.
Kredit Gambar : Paper Rex