HERO ‘Hanabi’ yang digunakan oleh goldlaner Selangor Red Giants Esports, Innocent menjadi mimpi buruk buat Bigetron MY by Vitality (BTRM).
Pada perlawanan pusingan pertama, ‘Hanabi’ keluar kembali selepas kali terakhir digunakan oleh Rough ketika musim MPL MY musim ke-14 dan ia jelas berhasil selepas pemilihan itu membawa kemenangan.
“ Kami memilih ‘Hanabi’ kerana saya menonton pasukan Omega daripada MPL Filipina dan saya beritahu jurulatih berkaitan itu” katanya ketika ditemu ramah selepas perlawanan.
SRG tampil dominan selepas membenam BTRM tanpa belas kasihan dengan kemenangan bersih tanpa balas,2-0 dan Yums dippilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Di samping itu, RRQ Tora membuka minggu kedua MPL MY dengan kemenangan atas Invictus Gaming (IG) dalam perlawanan yang sengit.
Meskipun IG sempat menyamakan mata perlawanan, RRQ Tora bangkit dalam pusingan ketiga dengan permainan yang penuh dominasi.
Pemain RRQ Tora , Rough berkata mereka lambat untuk membaca permainan IG pada pusingan kedua yang membuatkan mereka tewas pada pusingan tersebut.
Pemain terbaik perlawanan diberikan kepada jungler pasukan RRQ Tora, Garyy dan ketika ditemuramah selepas perlawanan berkata “ Saya menilai performa kami hari ini 4/10 kerana kami kurang menyukai performa kami pada hari ini,”
MPL MY akan bersambung pada hari esok yang di mana menampilkan tiga perlawanan yang akan berlangsung daripada Quill City Mall.