RANCAK. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook sebentar tadi memaklumkan sebanyak 30,718 tiket telah terjual !

Tiket bagi menyaksikan Hari Perlawanan 3 Kelayakan Piala Asia 2023, Bahrain lwn Turkmenistan (5.15 petang ini) & Malaysia lwn Bangladesh (9.00 malam ini) masih boleh dibeli di www.tickethotline.com.my .

“Jom ke Bukit Jalil! ,” katanya kenyataan itu.

Khairul Zaman Abdul Wahed menulis : “Ayuh kita turun malam ini meraikan Malaysia layak ke Piala Asia…”

Stanly Albert pula memberitahu : “Kamon. 40k pun jadi la”

Sementara itu, Mohd Razali berharap cuaca di Bukit Jalil malam ini cerah.

“Semoga cuaca baik.. Tak hujan… Aamin!! ,” ujarnya.