LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Penganugerahan itu disempurnakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Datuk Lee Chong Wei terus menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang |FOTO by BERNAMA
Sebagai anak jati Pulau Pinang yang berjasa besar mengharumkan nama negara di pentas dunia, penganugerahan ini melengkapkan lagi pengiktirafan tertinggi buat bekas pemain nombor satu dunia itu.
Dalam majlis sama ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Dato’ Christopher Raj dianugerahkan Darjah Johan Negeri (DJN) atas sumbangannya dalam bidang komunikasi dan sukan.

CEO ShekinahPR, Dato’ Christopher Raj (tengah) bersama Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew (kanan) dan Exco Sukan Negeri Pulau, Daniel Gooi Zi Sen (kiri).
Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew turut tersenarai sebagai penerima DJN, menandakan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap pencapaian dalam sektor pembangunan bola sepak.
FOTO:Bernama