SERAMAI 65 kakitangan Pejabat Komunikasi Strategik UiTM tampil menyahut cabaran STRATCOMM@ctive brisk walk sekitar kawasan universiti tersebut di Shah Alam pada Jumaat.

Program sejauh 3 kilometer (km) anjuran Kelab Kebajikan Stratcomm, Pejabat Komunikasi Strategik UiTM itu bermula jam 8.25 pagi.

Pengerusi Kelab Kebajikan Stratcomm, Muhammad Irsyad Mohd Ramzan berkata, antara objektif program sebagai platform kepada ahli berinteraksi dalam suasana santai sambil menggalakkan gaya hidup sihat.

Jelasnya, objektif aktiviti adalah menyahut pengisian amanat Naib Canselor yang menekankan kepentingan setiap staf menjaga kesihatan.

Warga Pejabat Komunikasi Strategik UiTM menyertai aktiviti Brisk Walk di sekitar UiTM Shah Alam anjuran Kelab Kebajikan Stratcomm.

“Melalui aktiviti brisk walk, ahli dapat menikmati masa bersama, mengurangkan tekanan, dan memperkukuhkan hubungan silaturahim.

“Pogram juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan mental, serta memupuk semangat kerja berpasukan serta kerjasama dalam kalangan ahli.

“Perancangan aktiviti kelab selepas  ini adalah mengikuti aktiviti lain iaitu beriadah berkala setiap petang seperti bermain badminton dan bola tampar dengan memanfaatkan kemudahan di UiTM,” katanya.

Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) Profesor Dr Ismie Roha Mohamed Jais dan pengurusan kanan Pejabat Komunikasi Strategik UiTM turut menyertai program.