BEREGU wanita remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah merangkul gelaran di peringkat senior pertama mereka pada musim pembukaan 2026, setelah menjuarai Kejohanan Antarabangsa Estonia

Zi Yu, 16, dan Aqilah, 19, tiada masalah untuk mengatasi pasangan remaja Amerika Syarikat (AS), Audrey Chang-Jasmine Yeung 21-14, 21-19 dalam masa 35 minit untuk muncul juara.

Untuk rekod Zi Yu dan Aqilah mula digandibgkan pada Kejohanan Dunia Remaja yang berlangsung di Guwahati, India pada Oktober tahun lalu, selepas gandingan asalnya, Dania Sofea Zaidi terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan ACL lutut kiri.

Pada Kejohanan Dunia Remaja, mereka muncul naib juara namun keserasian yang semakin kental membolehkan mereka meraih kejayaan dan menjadi potensi besar skuad pelapis beregu wanita selepas ini.

Khamis ini, gandingan muda negara itu akan beralih ke saingan Terbuka Sweden pula dan dijadual menentang pemain tuan rumah Miranda Johansson-Ashwati Pillai di pusingan pertama.