SKUAD ragbi 7 sebelah (7s) negara akan mula mengambil bahagian Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual bermula dari 29 hingga 31 Julai ini di Stadium Coventry, England.
Malaysia diletakkan bersama Afrika Selatan, Scotland dan Tonga dalam perlawanan Kumpulan B.
Facebook Malaysia Rugby Union ada mengemaskini status dan perkembangan terkini pasukan yang dikendalikan oleh Mohd Saizul Hafifi Md Noor itu.
“Road to Commonwealth Games 2022,” kata hantaran berkenaan.

Untuk rekod, ragbi 7 sebelah mula dipertandingkan di Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada 1998 sebelum menjadi sukan pilihan pada tahun 2002 dan 2006.
Acara ini kemudiannya menjadi sukan ‘wajib’ di temasya berkenaan bermula dari edisi 2010 ke atas sebelum kategori wanita disenaraikan di Sukan Komanwel 2018 di Australia.
New Zealand mendominasi pingat emas dari 1998 hingga 2010 sebelum Afrika Selatan merampas kedudukan itu pada edisi di Scotland 2014.
Bagaimanapun, New Zealand berjaya menebus kekecewaan emas di Scotland dengan meraihnya semula di Gold Coast, Australia pada 2018 manakala Fiji meraih perak dan England gangsa.
Berikut adalah jadual melibatkan aksi negara :
29 Julai :
Malaysia vs Afrika Selatan
Malaysia vs Scotland
30 Julai :
Malaysia vs Tonga