MALAYSIA Uni. Knights mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan Perlis Vipers 2-0 dalam aksi Kumpulan B sekali gus menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara.
Malaysia Uni. Knights mempamerkan aksi meyakinkan apabila menguasai perlawanan untuk mencatat kemenangan menerusi keputusan 15-10 dan 15-8.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia Uni. Knights mengiringi Sabah Mountaineers yang muncul juara Kumpulan B untuk turut melangkah ke peringkat suku akhir.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Kedah Eagles turut mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mencatat kemenangan straight set 2-0 ke atas Labuan Drillers.
Kedah Eagles mempamerkan prestasi konsisten apabila memenangi set pertama 15-10 sebelum meneruskan momentum untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 15-13.
Kejayaan itu membolehkan Kedah Eagles melengkapkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara Kumpulan D hasil kemenangan ke atas Labuan Drillers.
Sementara itu, Putrajaya Cyborg turut mengesahkan kelayakan ke suku akhir apabila muncul naib juara kumpulan sekali gus melengkapkan senarai dua pasukan yang mara dari Kumpulan D.
Dengan berakhirnya aksi berkenaan, hanya tinggal berbaki dua perlawanan bagi kumpulan A dan Kumpulan C yang menampilkan Sarawak Hunter akan menentang Pahang Mammoth dan Bomba Fighters akan menentang Terengganu Turtles pada malam ini.