Saingan STL 2026 Divisyen 1 memasuki fasa kalah mati apabila lapan pasukan bakal berentap dalam aksi suku akhir di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.
Empat perlawanan dijadualkan berlangsung bagi menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir, dengan setiap pasukan perlu memberikan aksi terbaik untuk meneruskan cabaran dalam perebutan kejuaraan musim ini.
Aksi pembukaan bermula pada jam 3 petang menyaksikan Sabah Mountaineers berdepan Putrajaya Cyborg dalam pertembungan suku akhir pertama.
Selepas itu, Terengganu Turtles akan menguji kemampuan Sarawak Hunter dalam suku akhir kedua pada jam 4.30 petang.
Perlawanan ketiga pada jam 8 malam menemukan Kedah Eagles dengan Malaysia University Knights, manakala Pahang Mammoth dijadualkan menentang Bomba Fighters pada jam 9.30 malam bagi melengkapkan aksi suku akhir.
Kesemua pasukan pastinya mengintai peluang untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan, dengan kemenangan menjadi syarat utama bagi mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.
Peminat sepak takraw boleh mengikuti perkembangan kejohanan menerusi siaran Astro Arena dan Sooka.
Jadual suku akhir STL 2026 Divisyen 1 — Sabtu, 10 Oktober
- 3.00 petang: Sabah Mountaineers lwn Putrajaya Cyborg
- 4.30 petang: Terengganu Turtles lwn Sarawak Hunter
- 8.00 malam: Kedah Eagles lwn Malaysia University Knights
- 9.30 malam: Pahang Mammoth lwn Bomba Fighters
Semua perlawanan berlangsung di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur.