FOTO : FB KINABALU JAGUAR FC

KEMPEN suku akhir kedua Liga M3 2022 kembali bersambung pada malam esok dengan setiap kelapan-lapan pasukan ‘bernafsu’ memburu slot ke fasa seterusnya.

Pertembungan KL Rovers FC dan Kinabalu Jaguar FC di Stadium UitM Shah Alam dijangka segit kerana kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2.

Walaupun satu ketika Kinabalu selesa dua gol awal namun kebangkitan dicetuskan KL Rovers sedikit mengejutkan.

Kelab dari Perak, BRM FC menerima kunjungan Armed Forces FC yang membawa kelebihan satu jaringan pastinya ingin segera memadamkan defisit di Ipoh.

Mempertaruhkan beberapa bekas pemain kebangsaan termasuk Ahmad Fakri Saarani menjadi sejata utama tan rumah bangkit melakar kemenangan.

Sementara itu, perlawanan antara Harini FT dan Imigresen FC tidak kurang menariknya pada saingan yang berlangsung di Stadium UPM, Serdang.

Atas kertas, tuan rumah berpeluang mara ke separuh akhir tetapi cabaran pelawat tidak boleh dipandang enteng sepanjang 90 minit aksi.

Satu-satunya pertemuan yang diadakan di sebelah petang adalah membabitkan PIB FC berdepan Manjung City FC di Stadium USIM, Nilai.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan semasa perlawan pertama minggu lepas.

Harini FT calon berpotensi melangkah ke saingan separuh akhir.

Kini, kesemua mereka akan berjuang sehabis baik pada suku akhir kedua malam esok untuk menempatkan diri ke separuh akhir, 3 dan 11 September depan.

Final Liga M3 2022 pula dijadualkan berlangsung pada 24 September 2022.