PENGGEMPUR utama Tottenham Hotspurs, Son Heung Min perlu menjalani pembedahan bagi membetulkan keretakan pada ruangan mata kirinya dan masalah tersebut terus mencetuskan tanda tanya tentang jaminan penglibatannya dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.
Penyerang prolifik Korea Selatan itu berdepan kecederaan tersebut sewaktu menang aksi menentang Marseille 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa.
“Berikutan pembedahan tersebut, Son akan kembali menjalani rehabilitasi bersama staf perubatan kami dan akan memaklumkan penyokong dalam masa terdekat,” kata pengurusan Hotspurs.
We can confirm that Heung-Min Son will undergo surgery to stabilise a fracture around his left eye.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 2, 2022
Bagaimanapun, kelab yang lebih mesra dengan jolokan The Lilywhites masih belum memaklumkan tempoh pembedahan tersebut dan masih belum meletakkan sebarang jangka masa untuk dia kembali beraksi bersama pasukan.
Aksi pertama Korea Selatan adalah menentang Uruguay pada 24 November.
Son telah berjaya menjaringkan 35 gol dalam 104 penampilan untuk negaranya dan berada dalam dalam Kumpulan H di Qatar bersama Portugal, Ghana dan Uruguay untuk kempen kali ini.