GADIS Jepun, Ami Yuasa muncul pemenang pingat emas pertama acara sukan urban, breakdance yang julung kali diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris.

Sukan itu ditampilkan buat kali pertama  di pentas Sukan Olimpik, mungkin menjadi yang terakhir, ditandingi 17 B-Girls bersaing secara battle satu lawan satu, sejak Jumaat lalu.

Dominika Banevic dari Lithuania tewas kepada Ami Yuasa dari Jepun di final.| FOTO AGENCY

Ami mengatasi Dominika Banevic di final manakala pingat gangsa dimenangi penari China, Liu Qingyi.

Liu Qingyi membuat balik kuang ketika memenangi gangsa breakdance.| FOTO AGENCY

Sukan itu menggabungkan tarian urban dengan aksi akrobatik sambil diiringi musik hip-hop.

Penampilan acara itu di Paris mungkin bersifat sementara, selepas ia digugurkan daripada Temasya Los Angeles 2028 dan tidak ada jaminan untuk dimasukkan semula ke dalam program Olimpik.