BEBERAPA tahun kebelangan ini nama Stadium Majlis Perbandaran Selayang jarang disebut oleh peminat-peminat bola sepak tempatan berikutan ianya ditutup sejak tahun 2020.

Stadium MP Selayang antara salah satu venue penting dalam beberapa aksi Liga Malaysia sebelum ini yang berlangsung di Lembah Klang.

Namun dikhabarkan stadium ini akan kembali mencerahkan bandar Selayang tidak lama lagi berikut pihak pengurusan akan membuka kepada aktiviti-aktiviti sukan berkaitan selepas proses menaiktaraf fasiliti dalam stadium selesai dilakukan.

Adakah kemunculan stadium berwajah baharu ini akan menjadi salah satu venue Liga Malaysia selepas ini?