SKUAD Bawah 22 (B-22) tahun negara masih berpeluang mara ke fasa seterusnya walaupun dipalit kekalahan 0-2 kepada Thailand dalam perlawanan kedua Kumpulan B Sukan SEA 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Sabtu.
Itu keyakinan pengendali Harimau Malaya B-22, E Elavarasan selepas gawang negara bolos dua gol pada separuh masa kedua.
“Sejujurnya kita masih positif kerana sememangnya sejak dari awal lagi aksi menentang Thailand, pasukan yang paling mencabar bagi pasukan kita.
“Kita dapat rehat sehari berbanding lawan sebelum kembali bermain untuk perlawanan hari ini, namun kita perlu positif kerana saingan masih lagi terbuka.
Mengulas perlawanan menentang juara bertahan Vietnam, Elavarasan berkata, Thailand yang merupakan pasukan pilihan edisi ke-32 kali ini meraih kemenangan kedua kumpulan hasil jaringan Anan Yodsangwal pada minit ke-73 diikuti sentuhan Yotsakon Burapha (84’).
Terdahulu Harimau Muda B-22 negara menyingkap kempen dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Laos.
Thailand pula membuka kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Singapura.