KYLIAN Mbappe mengalami kecederaan hidung ketika aksi kemenangan Perancis 1-0 ke atas Austria dalam aksi Kumpulan C Euro 2024.

Pasukan perubatan mencadangkan Mbappe kemungkinan perlu berehat sehingga sepuluh hari selepas hidungnya patah.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps memberitahu kapten baharu itu sukar ‘okay’ dengan cepat selepas bertembung dengan pemain pertahanan Austria Kevin Danso yang menyebabkan hidungnya patah.

“Dia tidak berada dalam keadaan baik. Hidungnya sangat teruk, kami perlu melakukan pemeriksaan lanjut. Dia kini berada bersama pasukan perubatan. Yang pasti ia kelihatan sangat rumit,” jelasnya selepas perlawanan awal pagi ini.

Dalam insiden itu juga, penyerang Perancis berusia itu turut dilayangkan kad kuning gara-gara kembali ke padang dan cuba mengganti pemain lain.

Sebelum itu, dia keluar dari padang dalam tempoh yang dibenarkan dan digantikan dengan Oliver Giroud.

Perancis bakal berdepan dengan Belanda Jumaat ini.

Foto kredit: AFP/Getty Images