LEBIH kurang 600 peserta menyertai larian Fit Malaysia Selangor yang berlangsung Taman Botani Negara, Shah Alam pada Ahad.

‘Fun Run’ 10 kilometer (KM) dan 5KM dianjurkan bersama oleh Kelab Jom Run dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN).

Selain acara larian, turut berlangsung Majlis Pelancaran Persatuan Senamrobik Selangor buat julung kalinya yang disempurkan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Turut bersama beliau dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Belia JBS Selangor Mohd Khairi Ali, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Datuk Sasikala Devi a/p Subramaniam, Pengarah Taman Botani Negara Shah Alam Siti Zubaidah Mohamad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Burhanuddin Daud, wakil dari Majlis Belia Selangor serta Presiden Persatuan Senamrobik Selangor Salawati Tukiman.