Select Page

Justin Hoh juara perseorangan lelaki Petronas B21 kebangsaan

Justin Hoh juara perseorangan lelaki Petronas B21 kebangsaan

PEMAIN perseorangan lelaki, Justin Hoh menepati ramalan selepas muncul juara kejohanan badminton PETRONAS Bawah 21 Tahun Kebangsaan pada Ahad.

Bagaimanapun, dia dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan ke atas Chia Jeng Hong dalam aksi tiga set 21-11, 15-21, 21-14.

Perseorangan wanita pula menjadi milik Wong Ling Ching dari Pulau Pinang yang menundukkan pemain BAM, Chan Wen Tse 21-16, 21-18.

Saingan beregu lelaki menyaksikan pilihan pertama, M Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean muncul juara selepas menang ke atas pilihan kedua Choi Jian Sheng-Goonting Bryan Jeremy.

Fazriq-Vin Sean bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk memastikan kemenangan 15-21, 21-15, 21-15 dalam pertarungan selama 55 minit.

Juara bagi kategori beregu wanita pula milik gandingan dari Pulau Pinang, Teoh Lexuan-Wong Ling Ching yang menang ke atas pasangan dari Johor Hoe She Yun-Lim Shin 21-15, 16-21, 21-17.

Beregu campuran pula didominasi pasangan Tan Wei Liang-Ho Lo Ee yang menewaskan pasangan pilihan kedua, Choi Jian Sheng-Lai Ting Chen.

Jian Sheng-Ting Chen terpaksa akur untuk memberikan lawan mereka kemenangan apabila terpaksa menarik diri di set ketiga selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama, 18-21, untuk menang 21-17.

Namun mereka menarik diri ketika ketinggalan 9-16 di set ketiga.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh. Turut hadir, Pengarah Pembangunan Remaja BAM, Datuk (Dr) Misbun Sidek dan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann.

Video Terkini

Loading...