Kredit Gambar: Malaysia Sports & Astro Arena
Atlet e-racing negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira muncul penyumbang pingat emas kedua Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli saingan Gran Turismo 7 di Aichi Sky Expo, sebentar tadi.
Pelumba berusia 27 tahun itu tampil tenang dan konsisten sepanjang tiga perlumbaan yang berlangsung, sekali gus mengumpul keseluruhan 36 mata untuk mengesahkan kejuaraan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Taj Izrin menambah koleksi emas Malaysia dalam temasya kali ini menerusi disiplin e-racing.
Beliau mempamerkan perlumbaan yang cukup berdisiplin sepanjang saingan sebelum memastikan kedudukannya sebagai juara selepas tamat ketiga-tiga perlumbaan.
Kejayaan Taj Izrin itu turut memberikan suntikan penting kepada kontinjen negara dalam usaha menambah kutipan pingat emas di Aichi-Nagoya 2026