MAX Verstappen menjuarai Grand Prix Kanada dan memberikan kemenangan keenam berturut-turut buat Red Bull Racing sekaligus melebarkan lari jurang mata keatas pencabar terdekatnya.
Bermula dari petak hadapan, Verstappen tidak mempunyai masalah untuk muncul juara apabila berjaya mengekang asakan pelumba Ferrari, Carlos Sainz pada 10 pusingan terakhir.
Tempat ketiga menjadi milik juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang kembali ke podium selepas pelumbaan pembukaan musim dengan teman sepasukan, George Russell keempat.
Charles Leclerc yang bermula dari petak terakhir berjaya mempamerkan pemanduan cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kelima mengatasi dua pelumba Alpine, Esteban Ocon dan Fernando Alonso di tempat keenam dan ketujuh.
Valtteri Bottas dan Guanyu Zhou berjaya mendapat tempat kelapan dan kesembilan manakala Lance Stroll menggembirakan penonton tuan rumah dengan penamat di tempat kesepuluh.
Dengan kemenangan ini Verstappen berjaya menjarakkan lagi kedudukan pendahulu keseluruhan kepada 46 mata mengatasi rakan sepasukan Sergio Perez yang gagal menamatkan perlumbaan dan Charles Leclerc 49 mata dibelakang.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Grand Prix Great Britain pada awal Julai dengan Red Bull pastinya mahu mengekalkan penguasaan manakala Hamilton akan menggunakan podium di Kanada sebagai motivasi tambahan untuk beraksi di laman sendiri.
Keputusan Penuh Grand Prix Kanada:
1. Max Verstappen – Red Bull
2. Carlos Sainz – Ferrari
3. Lewis Hamilton – Mercedes
4. George Russell – Mercedes
5. Charles Leclerc – Ferrari
6. Esteban Ocon – Alpine
7. Fernando Alonso – Alpine
8. Valtteri Bottas – Alfa Romeo
9. Guanyu Zhou – Alfa Romeo
10. Lance Stroll – Aston Martin
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Sebastian Vettel – Aston Martin
13. Alexander Albon – Williams
14. Pierre Gasly – Alpha Tauri
15. Lando Norris – McLaren
16. Nicolas Latifi – Williams
17. Kevin Magnussen – Haas
18. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
19. Mick Schumacher – Haas
20. Sergio Perez – Red Bull
Kedudukan Pemandu Selepas Grand Prix Kanada (10 teratas):
1. Max Verstappen – 175 mata
2. Sergio Perez – 129 mata
3. Charles Leclerc – 126 mata
4. George Russell – 111 mata
5. Carlos Sainz – 102 mata
6. Lewis Hamilton – 77 mata
7. Lando Norris – 50 mata
8. Valtteri Bottas – 44 mata
9. Esteban Ocon – 39 mata
10. Fernando Alonso – 22 mata
Kedudukan Pengeluar Selepas GP Kanada:
1. Red Bull Racing – 304 mata
2. Ferrari – 228 mata
3. Mercedes – 188 mata
4. McLaren – 65 mata
5. Alpine – 61 mata
6. Alfa Romeo – 47 mata
7. Alpha Tauri – 27 mata
8. Aston Martin – 16 mata
9. Haas – 15 mata
10. Williams – 3 mata