LEWIS Hamilton telah melaungkan amaran awal kepada Mercedes dengan akan membawa jentera yang dibina mereka ke tangga juara selepas tewas kepada Max Verstappen di Grand Prix Amerika Syarikat.
Hamilton berjaya mendahului perlumbaan selepas Verstappen mengalami hentian pit yang perlahan namun gagal untuk menyekat juara dunia dua kali itu yang berjaya memintas pada lewat perlumbaan untuk mencatatkan kemenangan.
Dia turut memberikan kredit kepada pakej tambahan yang diberikan oleh Mercedes hujung minggu ini kerana dilihat berjaya menambah persaingan jentera. Meskipun kecewa gagal mencatat kemenangan pertama musim ini, Hamilton tetap gembira dengan persiapan yang ditunjukkan oleh pasukannya menjelang musim 2023.
P2! Some tough racing out there, it
wasn't easy but we are taking away a good result. Thank you @MercedesAMGF1 for all the hard work this weekend. Let's keep this momentum going for Mexico, see you all next week ~ pic.twitter.com/lJPfpj2WjM— Lewis Hamilton (@LewisHamilton) October 24, 2022
“Apa yang kita boleh ambil dari perlumbaan ini adalah kami mempunyai kelajuan yang baik dan saya masih disini. Saya juga sedar apabila mereka membina jentera ini, saya akan membawa nya untuk meraih kemenangan dan kami perlu terus bekerja keras.
“Saya mahu berterima kasih kepada pasukan dan mereka yang bekerja keras di kilang kami kerana saya sedar tahun ini adalah tahun yang memenatkan bagi semua orang.
“Kami hadir ke sini dengan pakej naik taraf, mereka bekerja keras untuknya dan ianya jelas memberikan kesan apabila kami lebih dekat dengan pencabar. Saya berbangga dengan semua dan meminta maaf kerana gagal mendapatkan kemenangan walaupun sudah memberikan segala-galanya,” katanya.
Juara dunia tujuh kali itu juga sentiasa merasakan sangat sukar untuk bertahan daripada Verstappen kerana Red Bull lebih pantas di laluan lurus namun melihat tempat kedua yang diraihnya dan tempat kelima yang diraih rakan sepasukan George Russell sangat baik untuk memburu Ferrari untuk tempat kedua kategori pengeluar.
Red Bull Racing memenangi kategori pengeluar F1 pada perlumbaan di Austin itu manakala Mercedes berjaya merapatkan jurang kepada 53 mata berbanding Ferrari di tempat kedua dengan berbaki tiga perlumbaan.
This one was for you, Didi ☝️ #GivesYouWings pic.twitter.com/kYpXDyG0pm
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) October 23, 2022
Sementara itu Max Verstappen gembira apabila Red Bull berjaya memenangi kategori pengeluar dengan bergaya dan mendedikasikan kemenangan ini kepada pengasas Red Bull, Dietrich Mateschitz yang meninggal dunia pada Sabtu.
“Sudah tentu ianya hujung minggu yang sukar buat kami oleh itu kemenangan ini didedikasikan kepada Dietrich selepas apa yang dia lakukan kepada kami semua.
“Satu-satunya perkara yang perlu kami lakukan adalah menang meskipun selepas hentian pit, ianya tidak kelihatan baik. Saya berikan segala-galanya di luar sana untuk kembali ke tempat pertama.
“Kemenangan ini sangat bermakna buat saya kerana Dietrich banyak membantu kerjaya dan kejayaan saya dalam sukan ini,” kata Verstappen selepas perlumbaan.