FOTO : GROUP AFC ASIAN CUP – MALAYSIA

DETIK ngauman Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 kian dirasai apabila kelibat Jalur Gemilang kelihatan di mana-mana sahaja di Qatar.

Ini seakan memberi isyarat penyokong Malaysia sudah tak sabar-sabar lagi menggegarkan bumi Doha untuk aksi Piala Asia 2023.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menzahirkan ucapan terima kasih di atas pengorbanan ratusan penyokong negara itu.

Katanya, kehadiran penyokong amat penting bagi menaikkkan motivasi pemain yang akan berjuang di Piala Asia kali ini.

“Saya memang difahamkan ramai peminat-peminat Malaysia yang datang…yang makin ramai datang untuk melihat perlawanan menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan. Jadi saya bagi pihak FAM dan pasukan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

“Ini kerana mereka keluarkan duit sendiri dan masa untuk datang sini (Doha), dan sanggup ambil cuti untuk menyokong.

“Tak kiralah dari apa kategori, peminat ini dah mula ramai datang Doha untuk membantu memberi sokongan padu kepada pasukan.

“Mereka membawa peranan sebagai penyokong dan suara mereka di dalam stadium, saya ucapkan terima kasih,” katanya di Doha, Qatar.