SUPACHAI Chaided percaya kemenangan 2-0 Tke atas Kyrgyzstan dalam Kumpulan F Piala Asia Qatar 2023 adalah permulaan kepada perkara yang lebih baik.

Kemenangan bermakna Thailand mendahului kedudukan dengan perbezaan gol mengatasi juara Piala Asia AFC tiga kali Arab Saudi, yang mendapat kemenangan 2-1 pada perlawanan terakhir ke atas Oman.

Bergandingan bersama lagenda, Teerasil Dangda dibahagian serangan Gajah Perang, dua jaringan Supachai membawa Thailand ke peringkat seterusnya.

“Ia adalah persembahan yang mantap. Kami menetapkan matlamat yang jelas untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan pertama dan membawa momentum itu ke dalam perlawanan seterusnya. Kami bukan di sini untuk tiga perlawanan sahaja, matlamat kami adalah untuk pergi lebih jauh,” kata penyerang Kelab Buriram, Supachai.

Tambahnya, suasana pasukan adalah hebat, terima kasih atas komunikasi dan persefahaman di kalangan pemain.

“Semua orang memahami jangkaan jurulatih dan melakukan yang terbaik dengan mengikuti arahan dan perancangan jurulatih,

Supachai menyifatkan aksi Thailand di Stadium Abdullah Bin Khalifa hasil kerja berpasukan dan menjangkakan pasukannya akan bertambah baik.

“Saya gembira dan berterima kasih atas kerja berpasukan yang dipamerkan oleh pemain dan pasukan sokongan kami.

“Terdapat kesilapan pada minit ke-30 yang mendorong kami untuk mengubah formasi. Adalah penting untuk mengambil masa apabila pihak lawan melakukan kesilapan dan bermain dengan mengawal permainan.

“Kami merasakan ada keperluan untuk membuat peralihan dalam situasi menyerang dan bertahan. Perlawanan seterusnya berkemungkinan lebih sengit dan kami perlu bersedia,” tambahnya.

Thailand menentang Oman Ahad nanti sebelum menentang Arab Saudi pada 25 Januari.