BINTANG Brazil, Neymar, bimbang Piala Dunia mungkin berakhir buatnya selepas kecederaan pada perlawanan pertama di Qatar sebelum dia kembali beraksi ketika Brazil mencapai kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan pada kelompok 16 terakhir awal pagi tadi.

Neymar menyempurnakan penalti minit ke-13 bagi menjadikan kedudukan 2-0 buat Brazil berdepan pasukan Asia itu dalam perlawanan pertamanya buat pasukan kebangsaan sejak kecederaan ketika menentang Serbia pada 24 November.

Neymar menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti ketika Brazil menewaskan Korea Selatan 4-1 di pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022.

“Malam saya cedera itu adalah sangat sukar kerana beribu perkara saya fikirkan di kepala – keraguan, kebimbangan, tetapi saya ada sokongan daripada rakan sepasukan dan keluarga,” katanya.

“Saya perlu mencari kekuatan yang sebelum ini sudah tiada.”

Perebutan bola antara pemain Brazil dan Korea Selatan. Brazil layak ke suku akhir selepas menewaskan wakil Asia itu 4-1.

Pemain Paris Saint Germain itu berterima kasih kepada penyokong kerana memberikan mesej sokongan dan pasukan perubatan Brazil ketika menjalani pemulihan sambil berkata dia masih merasa sakit di bahagian pergelangan kaki.

ARTIKEL BERKAITAN : Kump G : Kecederaan ligamen paksa Neymar lupakan saingan peringkat kumpulan Piala Dunia

Brazil akan menentang Croatia pada suku akhir Piala Dunia Jumaat ini.

Pasukan itu menewaskan Jepun menerusi penalti awal pagi tadi selepas pertembungan berakhir dengan keputusan 1-1. – REUTERS