KERJA-KERJA pengujian papan skor (scoreboard) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu telah dijalankan dengan lancar.
Pengujian ini adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi perlawanan penting Piala Malaysia 2024/2025 peringkat suku akhir kedua antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Papan skor yang menjadi elemen penting dalam perlawanan bola sepak diuji untuk memastikan ia berada dalam keadaan terbaik sebelum perlawanan berlangsung.
Langkah ini juga sejajar dengan komitmen pihak penganjur dalam memastikan kemudahan dan pengalaman yang berkualiti untuk penyokong kedua-dua pasukan yang akan hadir ke stadium.
Untuk rekod, TFC kini berada di kedudukan yang selesa setelah berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas NSFC dalam perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Paroi.
Dengan kelebihan agregat tersebut, TFC hanya perlu mengekalkan prestasi konsisten bagi memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
FOTO : Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu