KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui kehadiran Dion Cools semasa sesi latihan dijangka dapat membantu mengukuhkan pertahanan pasukan  kerana dia berdasarkan prestasi semasa pemain itu.

Jelasnya,  beberapa pemain baharu akan terus diberi peluang sekiranya mereka menunjukkan  aksi yang dapat meyakinkannya dengan persembahan terbaik anak buahnya.

Pasukan yang baharu beberapa bukan dibentuk, jurulatih dari Korea Selatan itu telah menerapkan aspek ‘high pressing’ dan bermain secara pantas dalam skuad kebangsaan sejak lapan bulan yang lalu.

“Pemain tersebut sangat baik. Saya percaya dia bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok. Untuk pemain baharu, jika mereka menunjukkan sesuatu yang meyakinkan saya, mereka akan diberi peluang untuk beraksi, kami menjanjikan sesuatu yang menarik dari kami.

“Seperti yang saya maklumkan, tahap ini adalah sebahagian dari persiapan. Kita mahu tampil lebih berani. Kita juga ingin melihat formasi yang baik.

“Thailand merupakan pasukan berada pada tahap kedua. Banyak yang hadir dari pasukan Timur tengah dan Afrika pula. Kita akan gunakan peluang ini untuk dapat lebih pengalaman. Saya harap pemain gunakan masa ini untuk bersaing antara satu sama lain.

“Selepas ini, kita akan bersaing dalam lebih banyak kejohanan. Saya harap pemain dapat mempamerkan permainan lebih yakin selepas ini.

Saya rasa kita baharu sahaja mempersiapkan pasukan lapan bulan yang lalu. Kita baru sahaja menerapkan gaya permainan baharu dan dilihat berbeza daripadasebelum ini.

“Cara saya melatih pasukan adalah saya tidak akan mengambil risiko sekiranya pemain sendiri tidak bersedia dan boleh mendatangkan bahaya kepada pemain,” ujarnya ketika sidang media pra-perlawanan aksi pertama King’s Cup, Malaysia bertemu Thailand yang akan berlangsung pada Khamis.

Sementara itu, Kapten Pasukan Harimau Malaya, Syafiq Ahmad akui Thailand sebuah pasukan yang mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

Bagaimanapun, dia yakin Malaysia sudah  berada pada momentum yang baik setelah layak ke Piala Asia dan semestinya ingin memberikan yang terbaik di bumi Thailand.

“Thailand sebuah pasukan yang bagus, memiliki pemain yang mempunyai tenikal yang baik. Kita juga harus menunjukkan yang kita juga berada pada tahap yang baik. Esok pastinya menjanjikan sebuah perlawanan yang menarik.

“Selepas kita melayakkan diri ke Piala Asia, kita harus mengekalkan momentum dan memperbaiki menjadi pasukan yang lebih baik.  Kita sudah hadir di sini, tentunya kita ingin mendapatkan sesuatu dari sini,” katanya.