PERASAAN bercampur baur dan serba tidak kena mennyelubungi jurulatih Tunisia, Jalel Kadri selepas pasukan bimbingannya melakar kejutan menewaskan Perancis 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan D, awal pagi tadi.

Mereka mempamerkan kesungguhan untuk melayakkan diri ke saingan kalah mati, namun tak tercapai daya mereka apabila Australia mencatat kemenangan 1-0 sekali gus, pasukan itu mengiringi Perancis ke saingan 16 terbaik.

Wahbi Khazri… tonggak utama Tunisia.

 

“Perasaan ini bercampur baur kerana kami gembira menewaskan pasukan seperti Perancis… kami boleh berbangga dan meninggalkan kejohanan ini dan boleh mengangkat muka, tapi kemenangan ini amat memeritkan.

“Alangkah baiknya jika kami menewaskan Perancis dan mara ke saingan 16 terbaik. Inilah kesilapan kami kerana tidak melakukannya pada dua perlawanan terdahulu,” kata Kadri.

Pada perlawanan itu, penyerang sensasi Tunisia Wahbi Khazri menjaringkan gol kemenangan.

Malangnya, penyerang itu tida berada pada tahap kecergasan terbaik sepanjang kejohanan.