PERTEMBUNGAN dua kuasa besar bola sepak tempatan antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) hujung minggu ini pastinya dinanti-nantikan oleh kesemua peminat bola sepak tempatan.
Dengan reputasi sebagai King of Malaya, Selangor FC kini berada pada kemelut prestasi dan para penyokong sudah mula mempersoalkan hala tuju pasukan ini dan apakah tindakan yang akan dilakukan oleh pengurusan kelab.
Dengan pengendali baharu yang sedang mencari kemenangan pertama dan bermain di gelanggang sendiri, ini adalah peluang terbaik buat Red Giants untuk kembali ke landasan kemenangan sekaligus mengembalikan semula keyakinan penyokong.
Perlawanan Tertunda LS16 : Selangor FC vs Johor Darul Ta'zim FC
🏟️ Stadium MBPJ, Kelana Jaya
📆 Sabtu, 3 September 2022
🕢 8:15 PMTiket perlawanan boleh di dapati melalui link ini : https://t.co/J7zRPGd1En
Dikuasakan oleh PKNS#MKLK #LS16 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/sbnLpWU4xb
— Selangor FC (@selangorfc) September 1, 2022
Namun ianya bukan tugas mudah buat Nidzam Jamil apabila lawan yang menanti adalah antara 16 pasukan terbaik Asia musim ini dan juara lapan kali berturut-turut liga, Johor Darul Ta’zim.
JDT akan turun dengan tekad mahu mengekalkan momentum enam kemenangan berturut-turut dalam liga dan juga meneruskan rentak cemerlang keatas Selangor apabila mencatat empat kemenangan dari lima pertemuan terakhir.
Pada aksi terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Harimau Selatan mudah membaham Selangor FC dengan keputusan 5-1 yang memperlihatkan penjaga gol utama, Khairulazhan Khalid terus direhatkan sehingga kini.

Rekod lima pertemuan Selangor FC dan JDT
Pertahanan Selangor FC sudah pasti perlu memberikan perhatian kepada Bergson Da Silva yang semakin garang menggegar gawang dengan Melaka United menjadi mangsa terbaru dengan meledak hatrik.
Stadium MBPJ Kelana Jaya akan menjadi saksi adakah Harimau Selatan hilang taringnya atau Red Giants kembali merampas gelaran ‘King of Malaya dalam aksi yang pastinya menarik.