Kredit Foto : Fong Wan Hor

BEKAS pelari pecut Olimpik, Tan Sri Dr M Jegathesan mendapat penghargaan terbesar apabila foto kejayaan bersama kem Malaysia diabadikan di Muzium Sukan Asia Hangzhou.

Jegathesan atau juga dikenali sebagai ‘flying doctor’ merupakan pelari terhebat negara yang pernah melakar nama di pentas Asia sekitar era 60-an.

Beliau merupakan atlet pertama Malaysia yang memenangi pingat emas dalam acara olahraga 200 meter di Sukan Asia Jakarta 1962.

“Kami amat berbangga melihat Muzium Sukan Asia Hangzhou menampilkan Lelaki Terpantas Asia dan The Flying Doctor, Tan Sri Dr. M. Jegathesan, kerana telah meraih tiga pingat emas dalam acara Sukan Asia ke-5 di Bangkok 1966,” kata Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang juga Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19, Datuk Chong Kim Fatt selepas melawat muzium tersebut.

 

 

Kim Fatt hadir di Seminar Chef de Mission anjuran Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) selama dua hari yang berakhir pada Rabu di Intercontinental Hangzhou.

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia itu turut menyerahkan item berkaitan Sukan Asia kepada Muzium Sukan Asia Hangzhou seperti pakaian rasmi Kontinjen Malaysia edisi 2010, 2014 dan 2018 serta pin sukan rasmi Kontinjen Malaysia.