PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tarikh aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 bagi skuad Harimau Malaya, pada Jun depan

Menerusi Facebook rasmi FAM, Harimau Malaya akan menentang pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon pada 14 Jun (Rabu), diikuti aksi bertemu Yaman (ke-157) pada 20 Jun.

Kesemua perlawanan pasukan Malaysia akan berlangsung pada 9 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Terdahulu, pasukan bimbingan Kim Pan-gon yang mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lalu, meraih kemenangan 1-0 dan 2-0  ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.