Select Page

“Pasukan underdog juga mampu buat sesuatu yang istimewa”- Brendan

“Pasukan underdog juga mampu buat sesuatu yang istimewa”- Brendan

PEMAIN tengah Selangor FC, Brendan Gan yang baharu sahaja kembali dari skuad kebangsaan mengharungi saingan Piala AFF mengakui ada mendapat beberapa input berguna yang akan dikongsi bersama kelabnya.

Menurut Brendan, input paling penting yang dibawa dari kem kebangsaan untuk dibawa ke skuad Gergasi Merah adalah pasukan ‘underdog’ juga mampu mengejutkan pasukan yang hebat.

“Saya rasa apa yang saya pelajari dalam pasukan kebangsaan ketika berada dalam pasukan kebangsaan yang boleh dibawa ke pasukan Selangor adalah pasukan underdog mampu membuat sesuatu yang istimewa.

“Saya juga pelajari dalam skuad perlu ada personaliti besar dan ketua yang mempunyai nama yang besar. Itu adalah pemangkin kepada kami kerana mereka boleh memberi nilai tambah kepada pasukan dengan kualiti yang mereka ada,” kongsinya.

Sementara itu, Brendan turut mengakui fasiliti serta persekitaran di Selangor FC sentiasa berkembang dengan lebih positif terutama dengan pendedahan beberapa pemain yang dipanggil bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF sebelum ini.

“Persekitaran di kelab sangat baik. Anda boleh lihat di pusat latihan Selangor FC kini semakin berkembang pesat. Pasukan ini semakin baik setiap hari dari segi pembangunan kelab.

“Dari sudut pemain, kita perlu menjadi semakin baik. Kita juga berfikir tentang apabila kita sudah mara ke peringkat akhir tahun lalu.

“Tetapi musim lepas juga penuh dengan suasana yang agak kucar-kacir secara menyeluruh. Kita harus lebih konsisten sepanjang musim dan diharapkan kami akan lebih berjaya selepas ini,” katanya.

Video Terkini

Loading...