SATU kehilangan yang amat besar buat Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) apabila salah seorang pelatihnya, Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Menurut laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Haziq atau mesra dipanggil Alex, 17,  telah disahkan meninggal dunia awal pagi ini selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Haziq yang merupakan salah seorang pelatih bawah 17 tahun dalam kelab AMD terlibat dalam kemalangan ketika sedang dalam cuti persekolahan bersama keluarga di rumahnya terletak di Balok, Kuantan, Pahang.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga AMD kerana beliau merupakan pelatih yang sangag berbakat, komited dan berdedikasi serta mempunyai akhlak yang baik.”

Al-Fatihah.