SELANGOR FC membuktikan status pasukan pilihan mara ke separuh akhir Piala FA 2023 selepas mengalahkan Negeri Sembilan FC 3-1 pada aksi suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Sabtu.

Drama bermula apabila Safuwan Baharudin berjaya menghasilkan gol seawal minit untuk menceriakan penyokong setia The Jangs.

Bagaimanapun, tersentak jaringan itu, pelawat melancarkan serangan kilat dan tidak menunggu lama kapten Gergasi Merah, Mukhairi Ajmal Mahadi menyamakan kedudukan dua minit berselang.

Tekanan demi tekanan Selangor ke atas tuan rumah nyaris membuahkan hasil namun rembatan kaki kanan Faisal Halim m-19 hanya singgah di palang gol.

Casagrande miliki peluang terbaik hujung babak pertama tetapi percubaannya tersasar sebelah kanan untuk kedudukan 1-1 kekal kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan pengadil, Suhaizi Shukri.

Juara edisi 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009 itu terus tampil garang sebaik bersambung babak kedua dengan Tan Cheng Hoe melakukan beberapa pertukaran kelibat pemain lebih segar atas padang.

Kegagalan benteng pertahanan Negeri Sembilan mengekang asakan lawan terus dihukum lagi penyerang kelahiran Venezuela, Yohandry Orozco yang merembat tepat jaringan kedua menewaskan penjaga gawang, Sikh Izhan Nazrel m-60.

Faisal Halim sekali lagi mampu melebarkan kedudukan untuk Selangor, namun Sikh Izhan kali ini lebih bersedia menampan percubaan dalam kotak penalti !

Sisa kebangkitan NSFC diranapkan gol ketiga Yohandry Orozco m-87 untuk kedudukan selesa buat pelawat.

Selangor kini hanya menanti pemenang antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim dan Penang FC yang akan turun ke gelanggang pada malam esok bagi merebut slot tiket ke pentas final.