NEWCASTLE United melangkah ke pusingan ketiga Piala Carabao, manakala dua lagi pesaing dalam Liga Perdana Inggeris, Ipswich Town dan Bournemouth tersingkir.
Dalam aksi pusingan kedua menyaksikan Newcastle mengatasi pesaing Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest 4-3 menerusi sepakan penalti selepas aksi pusingan kedua Piala Carabao terikat 1-1.

AFC Wimbledon mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Ipswich Town. (Sumber Gambar: Reuters)
Sementara itu, pasukan divisyen empat Liga Inggeris, AFC Wimbledon mengejutkan Ipswich 4-2, juga menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2. Mereka akan bertemu Newcastle di pusingan ketiga.
Bournemouth tewas 1-0 kepada pesaing Liga Perdana Inggeris, West Ham United hasil jaringan minit ke-88 Jarrod Bowen di Stadium London.
West Ham akan bertemu juara bertahan, Liverpool di Anfield, manakala juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berdepan pasukan Liga Kejuaraan, Watford manakala Arsenal berdepan pasukan divisyen tiga, Bolton Wanderers di Emirates.
Manchester United pula dijadual melayan kunjungan Barnsley di Old Trafford, Tottenham Hotspur bertandang ke Coventry sementara naib juara Piala Carabao musim lalu, Chelsea bertemu Barrow.