SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) III mempunyai kelebihan mendakap kejuaraan Ahad ini selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi final pertama Piala Presiden 2023 di Paroi pada Ahad.
Pada pertembungan yang diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, JDT III mendapatkan gol awal minit kelapan menerusi Muhammad Aiman Danish Abdul Azim.
Gawang tuan rumah bocor lagi apabila giliran Ahmad Asyar Hadi Shapri menokok jaringan buat pelawat m-20 menewaskan Aif Danish Saifudin di gawang sendiri.
Terpaku ketinggalan kedudukan 2-0, Jang tidak putus asa bagi dengan saling menyerang ke kubu lawan tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.
Babak kedua menyaksikan Negeri Sembilan terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain tengah, Abdul Mubin Ab Wahab diarahkan meninggalkan padang apabila menerima kad kedua selepas mengasari pertahanan JDT III, Ariff Safwan Mohd. Safri.
Kesempatan itu segera dimanfaatkan pemain skuad bawah 23 tahun negara, Fergus Tierney selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti m-75.
Gol saguhati berjaya diraih Negeri Sembilan menerusi sentuhan Danish Syamer Tajuddin pada penghujung masa kecederaan.
Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 1 Oktober ini.