PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletak sebarang sasaran terhadap skuad Bawah 23 Tahun bagi saingan Piala Asia B-23 2022 yang kini berlangsung di Uzbekistan.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar memberitahu, FAM berharap pasukan akan pergi ke peringkat seterusnya.

“Dalam kenyataan sebelum ini yang mengatakan FAM meletak sasaran pasukan ke separuh akhir itu adalah sikit kesilapan daripada saya atau (daripada) media contohnya. FAM tidak pernah letak sasaran itu.

“Saya nak perbetulkan perkara itu. Saya berharap ini adalah landasan terbaik untuk mendapat ilmu daripada pasukan-pasukan terbaik di Asia.”