SELEPAS empat tahun Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) ditangguhkan, kini kembali dianjurkan pada 23-27 Mei ini.
LIMA’23 dijangka akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, LIMA yang bermula pada tahun 1991 telah menjadi terkenal sebagai pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik.
“LIMA juga telah membawa bersama pemimpin aeroangkasa, industri pertahanan maritim, pegawai kanan kerajaan, dan pegawai pertahanan dari seluruh negara.
“LIMA merupakan tempat untuk pemain industri menjalinkan kerjasama teknologi pertahanan,”ucapnya ketika Majlis Pelancaran LIMA’23 pada Isnin.
LIMA’23 dijangka menjadi yang terbesar, dengan lebih 600 peserta pameran, 60 peratus daripadanya atau 360 syarikat terdiri daripada industri pertahanan, manakala 240 syarikat adalah daripada sektor komersial.
Antara organisasi yang dijangkan terlibat pada pameran tahun ini termasuk BHIC, Deftech, Gading Group, Global Turbine Asia, NADI, Radimax, Sapura, Perkhidmatan Perundingan Sistem dan Zetro manakala beberapa pemain industri antarabangsa iaitu Airbus (UK), MBDA (Perancis), Kongsberg (Norway), Pasukan Tentera Laut (Perancis), Korea Aerospace Industries (KAI), Pasukan Pertahanan Australia, Aselsan, Roketsan dan Havelsan (Turki).