PUSINGAN 16 terbaik Piala Dunia Wanita 2023 telah berakhir dan lapan negara kini layak ke suku akhir. Berikut adalah senarai lapan negara yang telah layak fasa seterunya.

Aksi Perancis dan Maghribi merupakan perlawanan penutup 16 terakhir Piala Dunia Wanita 2023. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hindmarsh, Adelaide, Australia, pada Selasa itu dimenangi Perancis dengan skor 4-0.

Sebelum ini, Colombia menyambar tiket ke suku akhir selepas menewaskan Jamaica dengan jaringan 1-0. Terdahulu, enam negara telah mara ke suku akhir iaitu Sepanyol, Jepun, Belanda, Sweden, England dan Australia.

Perlawanan suku akhir juga telah dijadualkan. Sepanyol akan menentang Belanda pada Jumaat manakala pada hari yang sama Jepun akan bertemu Sweden.

Sehari kemudian, giliran perlawanan antara Australia bertemu Perancis dan England menentang Colombia yang akan berlangsung.

Senarai 8 pasukan layak ke suku akhir Piala Dunia Wanita 2023:

1. Sepanyol
2. Jepun
3. Belanda
4. Sweden
5. England
6. Australia
7. Colombia
8. Perancis