Select Page

Skuad Projek FAM-MSN mahu buang imej lubuk tiga mata

Skuad Projek FAM-MSN mahu buang imej lubuk tiga mata

 

SKUAD Projek FAM-MSN (SPFM) mahu membuktikan mereka bukan lagi lubuk tiga mata buat pasukan lain dalam saingan Piala MFL yang akan membuka tirai pada Khamis.

Perkara ini menjadi antara tumpuan utama skuad ini selepas mendapat kritikan daripada penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air yang melihat kehadiran skuad pembangunan itu tidak ubah seperti lubuk kepada pasukan lain untuk memperoleh tiga mata.

Pengendalinya, Noor Zaidi Rohmat berkata, walaupun pasukannya dibarisi 70 peratus muka baharu namun mereka sudah bersedia untuk memberikan saingan dengan mempamerkan aksi cemerlang untuk saingan Piala MFL.

 

Noor Zaidi juga menjelaskan bahawa barisan anak buahnya sudah melakukan persiapan rapi termasuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pramusim di utara tanah air bagi mencari keserasian di kalangan pemain muda itu.

“Selepas dilantik sebagai jurulatih, perkara paling penting bagi saya adalah untuk meneruskan kesinambungan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) membabitkan pasukan musim 2023.

“Mereka perlu bersaing dengan lawan yang lebih senior dan juga pemain import sekali gus mereka akan lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan yang lebih mencabar.

Noor Zaidi Rohmat

Secara keseluruhan, mereka perlu meningkatkan lagi taktikal kerana daripada segi kemampuan pula, sebenarnya mereka tiada beza dengan pemain pasukan lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pegumuman penaja dan pelancaran jersi SPFM, di Wisma FAM Kelana Jaya

Mengikut rekod, skuad SPFM dilihat sebagai pasukan belasahan apabila hanya mencatatkan dua kemenangan sepanjang tempoh musim 2022 ketika bersaing di Liga Premier.

 

Video Terkini

Loading...