SELANGOR Red Giants Esports (SRG) dan Invictus Gaming (IG) sah menempa tempat ke Upper Bracket Final.
Hari yang panjang buat kedua-dua pasukan selepas terpaksa menempuh keperitan sebelum mengesahkan kemenangan.
IG ketinggalan 2-0 di tangan Vamos pada perlawanan pembukaan hari ini dan kelihatan Team Vamos mampu mengejutkan pasukan nombor 2 pusingan liga MPL MY itu.
Harapan itu terus diranapkan selepas IG berjaya bangkit dan melakukan ‘reverse sweep’ terhadap lawan mereka dengan skor akhir, 3-2.
Mid laner pasukan IG, Swaylow dipiloh sebagai pemain terbaik perlawanan selepas performanya yang memicu kebangkitan dramatik buat pasukan.
Jalan cerita sama juga terjadi buat SRG yang terpaksa menempuh onak duri sebelum berjaya mengunci slot pusingan seterusnya.
Sekembalinya kapten pasukan, Kramm yang kembali menguatkan pasukan hampir menjadi mimpi buruk selepas ketinggalan dengan skor 2-0 dengan Bigetron My (BTRM).
Yums yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menjadi ‘playmaker’ yang memimpin SRG untuk mengejar mata dan justeru menjatuhkan BTRM ke ‘lower bracket’.
“Saya 100% peratus yakin kami akan menang esok dan kami akan buat apa segala cara untuk dapatkan tiket pertama ke Paris,” kata Yums ketika ditemu bual sejurus habis perlawanan.