Select Page

Stuart perjelas faktor lantikan sebagai Penyelaras Projek Road to Gold

Stuart perjelas faktor lantikan sebagai Penyelaras Projek Road to Gold

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga baharu sahaja dilantik sebagai Penyelaras Projek Road to Gold, Stuart Ramalingam menjelaskan pelantikannya sebagai penyelaras projek ini  bukannya dibuat pada hari ini sebaliknya rundingan telah berlangsung beberapa minggu lalu.

Tambah Stuart, dia menerima tawaran jawatan tersebut kerana yakin pengalaman lepasnya dapat membantu dalam membawa projek kali ini ke arah yang tepat.

“Dalam posisi dari MFL. Rundingan terhadap jawatan ini tidak hadir 24 minit yang lepas tetapi telah berlangsung dalam beberapa minggu lalu.

“Saya rasa penerimaan  saya terhadap jawatan ini bukan sahaja hadir melalui sokongan melalui orang yang berada di belakang saya tetapi ia juga hadir melalui orang pegawai yang berada di hadapan saya.

“Saya rasa pengalaman lepas saya dan terkini akan membantu saya dalam projek kali ini. Saya yakin sebagai penyelaras projek, saya akan bawa pengalaman dari menjadi stakeholder berbeza ke arah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memilih Stuart Ramalingam sebagai Penyelaras Projek Road to Gold kerana dia yakin Stuart memiliki pengalaman bekerja dalam agensi antarabangsa yang dapat membantunya ketika menjalankan tugas sebagai Penyelaras Projek Road to Gold.

Selain elemen tersebut, Stuart dipilih kerana memiliki kepakaran berurusan dengan keperluan atlet di Malaysia sebelum ini.

“Pengalaman Stuart bekerja dalam agensi sukan antarabangsa akan membantu kerana dalam pengalamannya sebelum ini, dia telah berurusan dengan keperluan atlet,” jelasnya.

Video Terkini

Loading...