BEREGU wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien terkandas di pusingan pertama dalam Terbuka Indonesia 2023 pada Selasa.

Pada set pertama, Vivian dan Chiew Sien berusaha keras bagi memintas pasangan Indonesia, Meilysa Trias dan Rachel Allessya yang mendahului namun terpaksa akur dengan keputusan 21-18.

Pada set kedua, kedua-dua pasangan beregu tidak melepaskan setiap peluang yang ada untuk mengutip mata berada di depan.

Kedudukan itu memaksa Vivian dan Chiew Sien untuk terus bertarung demi mendapatkan kemenangan dalam pusingan pertama.

Dalam aksi pertarungan itu, Vivian dan Chiew Sien akhirnya terpaksa akur apabila Meilysa dan Rachel memintas kedudukan dua mata di hadapan dengan 23-21 menamatkan permainan.

Pada Kejohanan Terbuka Singapura 6 Jun lalu, Vivian dan Chiew Sien menjadi pasukan pertama negara yang tewas dengan pasangan Jepun Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.