KESILAPAN mengubah rentak permainan ketika mendahului, memakan diri Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin yang terperangkap dalam perlawanan yang sepatutnya berada dalam kawalan mereka.

Kali pertama beraksi di Terbuka Malaysia berpasangan dengan Su Yin, ternyata tidak mudah untuk pasangan nombor 20 dunia itu.

“Sebenarnya dari semua aspek, kami lagi bagus berbanding lawan, cuma lebih baik hari ini.

Lu Ming Che-Hung En Tzu akhirnya berjaya menyamakan rekod pertemuan, selepas mengatasi Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 28-26, 14-21, 24-22.

“Sejujurnya saya tidak gembira dengan prestasi saya, kita sudah mendahului di set pertama tetapi membiarkan lawan mengejar… jadi secara mentalnya mula terjejas sehingga kalah di set pertama,” kata Pang Ron, mengulas kepada kekalahan kepada Lu Ming Che-Hung En Tzu dari Taiwan, pada pusingan pertama hari ini.

Pasangan negara yang memiliki rekod baik menang pertemuan pertama ke atas lawan di Terbuka Macau tahun lalu, tunduk 26-28, 21-14, 22-24 dalam masa 66 minit.

Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut tersingkir di pusingan awal Terbuka Malaysia 2025.

Pang Ron-Su Yin seharusnya mudah memenangi perlawanan itu, selepas mendahului set pertama, 12-5, 18-12 selain memegang dua mata akhir pada kedudukan 20-18, namun gagal mencari mata penamat sehingga akur tewas 26-28.

Dalam pada itu, Su Yin mengakui, kali pertama beraksi di Terbuka Malaysia mengakibatkannya berasa gugup.

Sementara itu, pasangan profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut kandas di pusingan pertama apabila kalah kepada pilihan kelima dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, 12-21, 13-21.