PELUMBA Red Bull, Max Verstappen muncul juara sulung Grand Prix Miami selepas memenangi perlumbaan 57 pusingan di Litar Miami Autrodrome.
Meskipun bermula di petak hadapan, kedua-dua pelumba Ferrari gagal mengambil kesempatan untuk muncul juara manakala ianya adalah kemenangan kedua berturut-turut buat Verstappen.
Pemandu Belanda itu yang bermula di petak ketiga berjaya memintas Carlos Sainz ketika permulaan dan Charles Leclerc pada pusingan kesembilan dan seterusnya berjaya mengawal perlumbaan untuk kemenangan ketiga musim ini.
Verstappen juga berjaya mendapat satu mata tambahan hasil pusingan terpantas dan kemenangan ini juga berjaya mengurangkan jarak mata antara Verstappen dan Leclerc kepada 19 mata.
Tempat ketiga menjadi milik Sainz yang berjaya mengekang asakan seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez manakala duo Mercedes, George Russell dan Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tangga kelima dan keenam.
Melengkapkan 10 tempat teratas adalah Valtteri Bottas, Esteban Ocon yang bermula dari petak terakhir, Fernando Alonso dan Alexander Albon berjaya mencatat mata kedua buat Williams Racing musim ini.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini di Miami. Ianya adalah hari Ahad yang menakjubkan buat kami di Red Bull Racing,” ujar Verstappen pada temubual selepas perlumbaan.
Formula Satu akan kembali semula ke Eropah untuk Grand Prix Sepanyol di Litar Catalunya, Barcelona pada 22 Mei dan pastinya sekali lagi para peminat akan disajikan aksi hebat dari Max Verstappen dan Charles Leclerc.
Keputusan Penuh Grand Prix Miami
1. Max Verstappen – Red Bull
2. Charles Leclerc – Ferrari
3. Carlos Sainz – Ferrari
4. Sergio Perez – Red Bull
5. George Russell – Mercedes
6. Lewis Hamilton – Mercedes
7. Valtteri Bottas – Alfa Romeo
8. Esteban Ocon – Alpine
9. Fernando Alonso – Alpine
10. Alexander Albon – Williams
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
14. Nicolas Latifi – Williams
15. Mick Schumacher – Haas
16. Kevin Magnussen – Haas
17. Sebastian Vettel – Aston Martin
18. Pierre Gasly – Alpha Tauri
19. Lando Norris – McLaren
20. Guanyu Zhou – Alfa Romeo
Kedudukan Pemandu Selepas Grand Prix Miami (10 teratas)
1. Charles Leclerc – 104 mata
2. Max Verstappen – 85 mata
3. Sergio Perez – 66 mata
4. George Russell – 59 mata
5. Carlos Sainz – 53 mata
6. Lewis Hamilton – 36 mata
7. Lando Norris – 35 mata
8. Valtteri Bottas – 30 mata
9. Esteban Ocon – 24 mata
10. Kevin Magnussen – 15 mata
Kedudukan Pengeluar Selepas GP Miami
1. Ferrari – 157 mata
2. Red Bull Racing – 151 mata
3. Mercedes – 95 mata
4. McLaren – 46 mata
5. Alfa Romeo – 31 mata
6. Alpine – 28 mata
7. Alpha Tauri – 16 mata
8. Haas – 15 mata
9. Aston Martin – 5 mata
10. Williams – 2 mata